HTC HD2 : Delivers an Experience

Thursday, April 22, 2010

HTC HD2 delivers an experience your senses have been waiting for. The unprecedented 4.3-inch pixel-packed display is stunning. The world’s first capacitive touch technology on a Windows® phone along with 1 GHz processing power ensure a smooth and lightning-fast response to the lightest touch of your finger.

Most importantly, it is our first Windows phone to embody HTC Sense™ - a holistic experience that focuses on making phones work in the most intuitive way. HTC Sense is based on three core principles – make it mine, stay close, and discover the unexpected.

Make It Mine
HTC HD2’s expansive display is like a canvas on which you create a phone that is just right for you. Customize the phone by prioritizing essential features like mail, calendar, messaging, browser and more. Next, with just a tap, put shortcuts to the most important people, favorite websites, or most used application right on the home screen. A
Blogger: .: INFO ILMU - Create Postnd if you feel like something is still missing, visit Windows® Marketplace for Mobile, and install fun and useful applications.

Stay Close
With HTC HD2, communication is focused around people rather than applications, so all of your interactions like email, SMS, phone logs, and even updates from Facebook are all in one place. Right where your instinct tells you to look – next to the photo of the person with whom you want to stay in touch with.

Discover the Unexpected
Some design features of HTC HD2 are far better experienced than can be explained in mere words. Like the ringer volume level that immediately scales down when the phone detects that you have picked it up, or the display that automatically adjusts to the light level in your surroundings and turns off to prevent false screen touches during a call.

OS Google

Wednesday, February 10, 2010

BEBERAPA tahun lalu, pengguna mempunyai pilihan Internet Explorer atau Mozilla Firefox sebagai perisian pelayar utama yang menghubungkan manusia dengan Internet.

Manakala pengeluar Internet Explorer iaitu Microsoft terus dengan sistem operasi (OS) Windows yang menjadi nadi kebanyakan komputer selama ini.

Kini, enjin carian terkemuka, Google merasakan mereka perlu menyediakan alternatif baru dalam industri perkomputeran apabila bakal melancarkan OSnya sendiri iaitu Chrome tidak lama lagi.

Ia selepas kejayaan pelayar mereka yang turut memakai nama sama sejak dilancarkan.
Pengarah Pengurusan Produk Google, Caesar Sengupta, berkata sejak pelayar Google Chrome dilancarkan kira-kira setahun lalu, ia sudah mempunyai lebih 40 juta pengguna yang menggunakannya secara kerap.
"Ia jumlah yang memberangsangkan untuk dunia perpelayarkomputeran serta mereka yang hidup dalam persekitaran Internet," katanya.

Menurut Caesar, Google Chrome direka untuk pengguna yang menggunakan laman web secara kerap untuk mencari maklumat, memeriksa e-mel, membaca berita online, membeli-belah atau berhubungan dengan rakan.

"Bagaimanapun, sistem operasi yang digunakan untuk menggerakkan Google Chrome tidak berjalan lancar seperti dikehendaki," katanya.

Katanya, pengguna Google Chrome merungut mengenai ketidakupayaan sistem operasi mereka melancarkan kerja harian memandangkan pengguna masih mahu menggunakan Chrome sebagai pelayar utama.

"Berdasarkan maklum balas pengguna, kami nekad melancarkan OS baru yang menepati kehendak pengguna," kata Caesar.
Beliau memaklumkan, Google Chrome OS dibina berasaskan konsep sumber terbuka demi menggalakkan kodnya diuji komuniti berkenaan yang mampu menambah baik sistem terbabit dari semasa ke semasa.

"Kita menawarkan kodnya sebagai sumber terbuka yang akan mendedahkan manusia ke arah dimensi baru bagi zaman perkomputeran mudah," katanya.
Caesar memaklumkan pada peringkat awalnya Google Chrome OS akan disasarkan kepada peranti netbook berikutan kandungannya yang ringan.
"Kami dalam peringkat perbincangan dengan pengeluar komputer peribadi (PC) namun ia tidak akan didedahkan dalam masa terdekat. Cuma yang pasti, pengguna akan mendapatkan OS ini di pasaran pada pertengahan tahun ini," katanya.

Selain itu, Caesar berkata, Google bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang berminat dan akan menyerahkan kod sistem kepada komuniti sumber terbuka bagi tujuan pembangunan aplikasi.
"Kami mahu berkongsi visi yang boleh difahami masyarakat," katanya.
Google menekankan aspek laju, mudah dan selamat sebagai ciri utama dalam pembangunan Chrome OS.
"Pengalaman menggunakan Chrome pasti mengagumkan kerana ia ringan dan tidak disaratkan dengan antaramuka yang maksimum.
"Malah, kami mengkaji dari pelbagai sudut untuk memastikan keselamatan yang ketat bagi mengelakkan pengguna terdedah kepada bahaya virus, malware dan memperbaharuinya" katanya.

Beliau turut menjelaskan pasaran Malaysia penting dalam peta Chrome apabila penyelidikan mendapati pengguna Internet di negara ini kini mencecah 16.9 juta pengguna dengan kadar celik Internet sebanyak 65.7 peratus.

"Berdasarkan kajian penyelidik ComScore pada Ogos tahun lalu, rakyat Malaysia menghabiskan sekurang-kurangnya 14 jam setiap bulan untuk melayari Internet manakala generasi mudanya menggunakan 3.3 jam masa mereka untuk perkara sama," katanya.

Katanya, berdasarkan faktor di atas, penggunaan Google Chrome dijangka meluas manakala OS pula akan diterima baik. Google Chrome OS berasaskan sumber terbuka membawa maksud kod program aplikasi atau perisian boleh dikongsi jurutera program atau sesiapa saja asalkan ia mendapat akses kepada data terbabit yang didedahkan secara percuma di dunia siber.

Ia bermakna kod program itu mampu diubah suai mengikut kehendak jurutera terbabit bagi mengembangkan program komputer agar ia menjadi aplikasi lebih baik yang boleh dikongsi individu lain.

Namun, individu yang mahu berkecimpung dalam teknologi sumber terbuka perlu arif dalam bidang perkomputeran terutama berkaitan kod program dan skrip.

Kebanyakan pengamal sumber terbuka pula dikatakan individu celik IT yang berusaha mencipta program bersesuaian dengan keperluan hidup manusia tanpa mengharapkan ganjaran pada masa depan.

Sumber terbuka adalah model yang mesra komuniti dan berinovatif dalam menyediakan perisian berkualiti tinggi berdasarkan standard industri.

Ia akan dilesenkan di bawah Lesen Umum Awam (GPL) yang memberikan penyelesaian fleksibel kepada pengguna untuk menggunakan perisian secara percuma tanpa risau mengenai kata laluan vendor serta akan terus berkembang memandangkan salah satu komponen dalam sumber terbuka itu sendiri memerlukan pembangun perisian bersedia mendedahkan programnya kepada umum.

Sumber terbuka banyak menumpukan aspek teknikal dalam produk yang releven untuk industri.

Mengulas mengenai perkomputeran 'cloud' dalam suasana sumber terbuka, Caesar menjelaskan, ia banyak dibantu model teknologi terbabit untuk membangunkan lebih banyak aplikasi . "Saya turut menjangkakan lebih banyak aplikasi yang akan direka di Chrome menggunakan teknologi sumber terbuka," katanya.

Katanya, kelebihan sumber terbuka membantu menguatkan aplikasi kerana ia adalah gabungan komuniti paling ramai di dunia.

Mozila Firefox Sentiasa Perbaharui Versinya

Friday, August 21, 2009

Luar biasa proses pembaharuan pada versi Firefox dari hari ke hari. Bayangkan tanpa kita sedari, setiap saat akan ada versi terbaru dari Firefox. Tidak hanya dalam hitungan tahun atau bulanan tapi ini bahkan sudah dalam hitungan mingguan. Nampaknya sungguh menarik dari apa yang telah diterapkan oleh pihak Mozilla terhadap versi firefox sehingga setiap saat akan nampak kehadiran versi terbaru dari Firefox. Dan ini tentunya akan ada banyak versi yang dikeluarkan selama ini.

Khabar yang sedang hangat dikatakan pada minggu yang lalu adalah munculnya Firefox 3.5.2 patch yang menghadirkan versi alpha dari versi penggantinya iaitu Firefox 3.6 yang tercatat untuk pelancarannya pada bulan November 2009 mendatang.
Pihak Mozilla menyatakan bahawa Firefox 3.6 Alpha meliputi pembaikan dalam hal kecepatannya ke TraceMonkey JavaScript engine, startup speed tweaks dan beberapa perubahan yang dirahsiakan. Dengan nama kod ‘Namoroka, Firefox 3.6 yang berbeza pada Gecko 1.9.2, masih dalam pengembangan upgrade buat engine rendering Mozilla-nya.

Direktor Firefox Mike Beltzner mengatakan kalau para developer Mozilla harus memilih apakah mengikuti FireFox 3.5 (versi sebelumnya) akan menjadi sebuah maintenance ataukah mengupgrade secara besar-besaran dan menyeluruh. Dan biasanya keputusan perusahaan lebih sedikit perubahan yang terjadi untuk skala waktu pengembangan yang pendek.

Namoroka menjadi sebuah versi tambahan, yang terbentuk pada kejayaan Firefox 3.5. Ditambahkan pula bahawa hal tersebut akan meningkatkan kriteria perusahaan pada startup browser, membuka tab baru dan membuka halaman yang di-bookmark. Selain itu juga akan menambah sokongan pada kesan-kesan yang ada pada Windows 7 seperti ‘Aero Peak’ yang memungkinkan pemakai melihat desktop dibalik windows yang terbuka.

Microsoft Umumkan Harga Windows 7


Pihak Microsoft baru saja telah mengumumkan beberapa harga Windows 7, yang dimulai dengan pilihan “family pack” yang memungkinkan pengguna mengupgrade 3 PC untuk Home Premium Edition dari Sistem Operasi seharga 149 USD. Upgrade dari XP atau Vista ke Home Premium bagi pengguna perseorangan, seperti harga sebelumnya pernah diumumkan iaitu seharga 119 USD.
Microsft juga telah mengumumkan pilihan Upgrade pada produk Microsoft, yang memungkinkan para penggunanya berpindah dari satu versi pemula Windows 7 ke Home Premium buat Anda seharga 79,99 USD. Sedangkan berpindah dari Home Premium ke Profesional dikenakan bayaran seharga 89,99 USD.

Pada Akhirnya, berpindah dari Windows 7 Profesional ke Ultimate dikenakan bayaran seharga 139,99 USD dan Microsoft sendiri menegaskan kalau upgrade ini dijalankan ianya boleh memakan waktu sekitar 10 minit lamanya. Namun demikian, dalam hal ini pihak Microsoft tidak secara spesifik menerangkan mengenai bayaran berpindah dari Windows 7 Ulltimate ke Windows Uber Super Awesome.

Logitech Umumkan keyboard/mouse Combo Terbaru


Baru-baru ini Logitech telah mengumumkan produk terbarunya yang diberi nama dengan Wireless Desktop MK700. Produk ini merupakan suatu kombinasi antara keyboard dan mouse nirkable.

Adapun keistimewaan produk ini terletak pada rancangan tombol Incursve dan tampilan LCD head-up untuk menampilkan status masa pakai bateri dan pemberitahuan pengaktifan huruf capital (caps) dan number lock (num lock). Selain itu dilengkapi pula dengan mouse nirkabel yang memiliki roda scroll frictionless (bebas dari geseran) yang terdiri dari 2 (dua) pilihan iaitu click-to-click dan hyper-fast.

Kemungkinan kesan yang paling ketara pada produk ini adalah ketahanan baterinya. Berkaitan dengan itu, pihak Logitech pun menegaskan bahawa mousenya mampu dioperasikan selama setahun dengan menggunakan set tunggal sel AA, sedangkan keyboard biasa dioperasikan selama 3 tahun dengan menggunakan set tunggal sel AA.

Menurut rencana, Wireless Desktop MK700 ini akan dipasarkan dengan harga 100 USD dan akan tersedia mulai bulan depan.

Komputer Terbaru Asus All in One Desktop PC


Asus sudah menyiapkan produk terbarunya Asus EEE Top ET2002T all-in-one desktop PC yang merupakan komputer desktop dengan monitor, CPU dan fasiliti multimedia terintegrasi sehingga menjadi produk yang ringkas dan cantik untuk diletakkan di meja.

Produk ini akan diperkuatkan lagi oleh processor grafik NVIDIA Ion dan processor Intel Atom 330, memori 2GB serta harddisk 250 gb dan tak lupa DVD writer.

Monitor LCDnya berukuran 20 inch dengan resolusi maksimum 1600×900 yang memiliki port HDMI. Harga sementara yang diketahui adalah 598 Euro dan akan diluncurkan buat pertama kalinya di Europe .

Ilmuan Jepun Peragakan Hologram Boleh Sentuh




Anda ingin merasakan sensasi sentuhan pada tampilan hologram?ya.tentu saja kan!!. Kini para ilmuan universiti Tokyo telah mengembangkan sebuah projektor hologram yang mampu hasilkan secara nyata objek 3 dimensi. Sistem ini terdiri dari 2 peringkat tampilan hologram, 2 track wii mod dan sebuah unit ultrasound feedback.
Seorang peneliti Takayuki Hoshi menerangkan secara abstrak, bahawa penampilan mengambang di Udara yang pernah disaksikan dalam filem-filem fiksyen beberapa dekad yang kebelakangan ini. Baru-baru ini hal tersebut menarik banyak perhatian sebagai teknologi yang menjanjikan di bidang dunia media massa dan digital, serta banyak jenis tampilan hologram yang dimaksudkan dan dikembangkan sekarang ini. Ditambahkan pula, objek virtual yang terlihat dalam bentuk hologram merupakan suatu pengalaman yang luar biasa sehingga kemungkinan ada hasrat ingin menyentuh objek virtual tersebut untuk merasakan sensasi dari sentuhan tangan secara langsung.
Berpijak dari hasrat tersebut, Hoshi pun menegaskan bahwa kumpulannya telah sukses menambahkan kesan feeback ke tampilan image pada 3D free space. Meskipun sensasi tersebut banyak berkaitan dengan objek secara alamiah, keberadaan stimulator di udara menekan tampilan image hologram. Oleh kerana itu beberapa jenis remote control sensasi diperlukan. Hal tersebut memberikan tampilan yang nampak seperti asli. Ini menggunakan nonlinear phenomenom ultrasound (tekanan radiasi akustik). Ketika sebuah objek memasuki perambatan ultrasound, sebuah bidang tekanan menekan permukaan objek tersebut.
Menurut Hoshi sendiri, sistem ini mampu direfresh berdasarkan data digital dan boleh digunakan pada video game, CAD 3D dan aplikasi yang sejenis dengannya.